TEMPAT MENARIK

Sangat sesuai untuk peminat sukan basikal lasak ( freeride & downhill ) kerana terdapat track untuk peminat tegar sukan basikal lasak di sini. Berdekatan dengan Kolam Air Panas Tok Bok.10minit dari Al-Fateh Homestay.

Anda peminat Mee rebus atau Mee goreng?Minat suasana warung di kawasan perkampungan?Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Mee Pok Jen yang amat famous di Kampung Joh,Labok yang mana sinonim dikalangan penduduk sekitar daerah Machang.Dengan harga dibawah RM5 anda boleh menikmati Mee Rebus Special.Boleh merasai mee sambil minum Air Karbonat Kelantan. 5minit jalan kaki dari Al-Fateh Homestay.

Merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur air terjun yang terkenal di Kelantan.Terletak di Hutan Simpan Ulu Sat, Machang.Air terjun Jeram Linang setinggi 12 meter sering menjadi tumpuan untuk lokasi perkelahan. Jeram Linang terletak kira-kira 26km dari Al-Fateh Homestay iaitu kira-kira 29minit untuk ke sana.Ia merupakan destinasi yang ideal untuk berkelah,berehat,berkhemah serta aktiviti merentas hutan.