top of page
Search

LOKASI DAN HARI PASAR MALAM SELURUH KELANTAN

  • alfatehlibrary
  • Mar 14, 2016
  • 2 min read

BISMILLAH...

Harinie kami nak kongsikan kepada viewer sekelian tentang lokasi dan hari pasar malam di seluruh Kelantan.

Memang sesuai lah lokasi ini untuk yang sedang balik kampung atau tengah seronok bercuti di negeri Kelantan sekarang.Maklumlah, musim cuti sekolah kan...

Mesti awak-awak semua teruja kan nak tahu pasar malam mana yang nak diserbu harini?

Ouwhhhh ya, Kebanyakan pasar malam beroperasi seawal jam 5.00 Ptg atau selewat-lewatnya jam 6.00 Ptg sehingga ke jam 10.00 Mlm. Jadi, janganlah excited sangat bawak geng mak jemah ke pasar malam pada pukul 4 petang.Ekekeke~

So, jom ushar list lokasi dan hari pasar malam SELURUH KELANTAN nie khas untuk viewers semua.

CHECK IT OUT YA ! ^_______________^

HARI ISNIN ✔Bandar Baharu Kubang Kerian (Jalan Tok Kenali), Kota Bharu ✔ Padang Tembak, Kota Bharu ✔ Kok Lanas, Kota Bharu ✔Kg. Laut, Tumpat ✔To' Uban, Pasir Mas ✔Pekan Machang ✔Bukit Sireh, Kuala Krai

HARI SELASA ✔Pekan Jelawat, Bachok ✔ Kota Jembal (Kedai Lalat), ✔Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu ✔Kg. Tanjung Mas, Kota Bharu ✔Pekan Tanah Merah (belakang Pasar Raya Aneka) ✔Pasir Tumboh Bandar Satelit ✔ Beris Kubor Besar, Bachok ✔Jalan Pintasan Pasir Puteh ✔ Kota Kubang Labu, Tumpat

HARI RABU ✔ Flat Kg. Sireh, Kota Bharu ✔ Padang Tembak, Kota Bharu ✔ Kg. Kubor Maras (Langgar) ✔ Kg. Tapang, Kota Bharu ✔ Kg. Teluk (Panji), Kota Bharu ✔ Kg. Mulong, Kota Bharu ✔ Pantai Cahaya Bulan (Jalan Taman Buaya) ✔ Jalan Tanjung Baharu (PCB), ✔ Pekan Peringat, Kota Bharu ✔ Padang KTM, Tumpat ✔Kg. Morak, Tumpat ✔ Pusat Bandar Pasir Mas (berdekatan Plaza Serangkai Mas) ✔ Gual Ipoh, Tanah Merah ✔Pekan Kuala Krai (Pasar Malam Bandar KUALA KRAI)

HARI KHAMIS ✔Kawasan Perindustrian Lundang, ✔ Pekan Ketereh ✔ Kg. Jambu Merah (berdekatan Jambatan Kada Resort) ✔ Gunong, Bachok ✔ Pekan Wakaf Bharu, Tumpat ✔ Tendong (berhampiran SK Othman Talib II) ✔ Cabang Tiga Meranti, Pasir Mas ✔Batu 11, Tanah Merah (depan Pusat Ternakan Pantai Timur) ✔ Tok Bali, Pasir Puteh ✔Bandar Baharu Gua Musang ✔Ketereh, pekan ketereh ✔Jalan Mustapha PCB Kota Bharu

HARI JUMAAT ✔Taman Sri, Pengkalan Chepa ✔ Bandar Baharu Kubang Kerian (kawasan Pasar Raya Nirwana Mas), ✔ Pekan Melor, ✔ Pantai Irama, Bachok ✔ Kg. Berangan ✔ Kg. Kok Majid, Tumpat ✔ Temangan, Machang. ✔ Hadapan USM Kubang Kerian ✔ Pasir Tumboh Kota Bharu ✔ Pasar Batu Melintang Gunung Reng Jeli

HARI SABTU ✔Bandar Tanah Merah (REDWALK Uptown Tanah Merah) ✔ Pekan Pengkalan Chepa (Taman Bendahara) ✔Pasir Tumboh Bandar Satelit Islam, Kota Bharu ✔ Kg. Guchil Bayam, Kota Bharu ✔ Kg. Kok Pasir, Tumpat ✔ Kg. Telaga Lanas, Tumpat ✔ Kg. Tebing, Pengkalan Kubor ✔ Kg. Repek (berhampiran SMK Tiong) ✔Beris Kubor Besar, Bachok ✔ Pekan Kuala Krai ✔ Pekan Pasir Puteh

HARI AHAD ✔Berek 12, Kota Bharu ✔Kota Jembal (Kedai Lalat) ✔Gunong, Bachok ✔Cabang Empat, Tumpat ✔Pengkalan Kubor (sebelah Masjid Pengkalan Kubor), Tumpat ✔Dataran Peladang, Kuala Krai

Rambang mata oiiii.rasa nak beli semua ! ^__________^

Suasana Pasar Malam di Kelantan.Meriahkan ?

Rindu warna warni pasar malam ^_________________^

Sekitar suasana Pasar Malam di Kelantan

 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

2016 HAK CIPTA AL-FATEH HOMESTAY 

  • w-facebook
  • Twitter Clean
  • Instagram Clean
bottom of page